Saturday, May 3, 2008

Layar keinsafan



Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan


Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Untukku berlayar
........

mengimbau zaman silam



MUZIUM PERANG

Pada 10 Mac 2008, Kami telah melawat Muzium Perang yang terletak di Batu Maung, Pulau Pinang. Kami tiba di sana pada jam 10.30 pagi.Muzium ini menceritakan suasana dan tragedi yang berlaku berpuluh tahun dahulu dari zaman Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945), Keretapi Maut Siam-Burma (1942-1945), Malayan Emergency (1948-1960), Indonesian Confrontation (1963-1966), Re-Insurgency Period (1968-1990).


Disana, kami disambut mesra oleh salah seorang juru pandu yang bertugas di situ. Beliau memberikan sedikit taklimat berkenaan Muzium Perang kepada kami. Menurut beliau, muzium ini dibina diatas tapak kubu tentera British dan tentera Jepun yang sebenar dengan tujuan untuk membuatkan pengunjung merasai suasana perang ketika itu dan menyelami perasaan dan kesengsaraan masyarakat zaman itu. Tentera British telah membuka kubu ini demi mempertahankan kedudukan mereka di Pulau Pinang dengan membina pusat menyimpan senjata, terowong bawah tanah, pejabat pegawai atasan, berek tentera, rumah memasak, pusat kesihatan dan banyak lagi. Paling menarik disini ialah, kompleks operasi tentera disini merupakan yang paling besar di Malaysia dan terdapat dua orang tentera British yang masih hidup dan berusia lingkungan 80 tahun lebih serta terdapat potretnya di muzium ini.
Muzium Perang ini membawa kami kepada sejarah, artifak perang, budaya, senjata, dan bermacam-macam lagi yang membuatkan kami begitu teruja. Pengalaman kami melalui laluan terowong yang gelap dan panjang membuatkan pengembaraan kami begitu mencabar dan menyeronokkan. Terowong bawah tanah ini menghala ke setiap bilik operasi dan pejabat serta tempat menyimpan senjata. Terdapat gambar pejuang dan penjajah serta artifak didalam setiap bilik operasi.

Walaupun ramai dikalangan kami penat dan letih sepanjang pengembaraan, pengalaman yang diperolehi ini amat bermakna dan membuatkan kami berada pada zaman itu. Kesan-kesan tembakan tentera jepun yang kelihatan pada dinding dan kubu-kubu menggambarkan suasana perang ketika itu segar dipemikiran kami. Hampir 30 tempat menarik didalam muzium ini yang perlu anda pergi dan telah pun kami lawati.
Pihak muzium juga telah menyediakan beberapa aktiviti lain kepada pengunjung yang mana sungguh mengujakan seperti Pengembaraan Mistik di waktu malam,World War II Trench and Jungle Tracking, Team Building, Camp Stay / Dormitary, 100ft tunnel x'plore and Submarine Bay. Semua aktiviti ini akan membuatkan kita semua tidak serik untuk berkunjung lagi, disini juga terdapat permainan Paint Ball dimana lokasi persekitarannya adalah medan perang yang sebenar dan diubah suai mengikut citarasa masa kini. Lawatan kami semua berakhir pada jam 12.15 tengahari dan kami bertolak ke destinasi seterusnya pada jam 12.30 tengahari.