Sunday, September 13, 2009

Jalan-jalan kat Perlis




Sempena Projek Marketing part 5 nih aku ngan kawan2 g jalan2..susah betul nak cari tempat untuk projek ni. Macam2 attraction dah dtolak..reject22....antara lokasi reject ialah Kangar River Front sebab bau busuk,susah parking..tapiii cantik..then kami g kuala perlis..atpi tempat tu dAH tepu..







Sempat jugak singgah kat Padang Besar...Sempatla jugak beli Spongebob..hehe..

Aik..begini pula jadinya..

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

“Kenapa ? ” lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,

” Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! ”

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

” Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! ”

FAKTA:MENGAPA RASUK BERLAKU PADA PELAJAR PEREMPUAN MELAYU SAHAJA

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku
diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan
tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana
salah nya........ Kita ikuti perbualan antara seorang bomoh melayu yang
mengubati gadis melayu yang terasuk itu dan syaitan yang mengganggu.

kes histeria disekolah kat Banda Seri Begawan......

Misteri di Asrama Puteri terjawap!


Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa
dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk
sebilangan pelajar di sekolah itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu
ketua jin itu pun datang. Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu
hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun
hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari
wajah
si ketua jin itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua
bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang
tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

Bomoh : "Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa
gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

Ketua Jin : ""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati,
Tiada Memikat" "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik. Kalaulah
Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""

""Aduhai... kekekeekeeee...""

Dah jangan dok mengulat dan mempercayai perkara tahyul.....

Saturday, September 12, 2009

TeKa-Teki

1.Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat.. pegang buah.

2.Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol.

3.Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik







































jwpan :

1.panjat pokok kelapa

2.Semut yang matanya BENGKAK

3.lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

untuk menenangkan fikiran..

Sesiapa yang rasa stress tekanan perasaan tu leh le baca ayat dibawah



Guru : Kenapa awak lambat?
Shin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Shin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-


Guru: Shin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Shin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu.

Shin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Shin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Shin Chan: Kankelmarin Cikgu kata H to O!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Shin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Shin Chan: Di sini Cikgu, Shin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Shin Chan Cikgu!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Shin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10
tahun dulu.
Shin Chan: Saya Cikgu!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Shin Chan: Jangan kena gigitserangga.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*



Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku
secara kebetulan?"
Shin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*



Guru: Shin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam
dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Shin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat
sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Sekarang, Shin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah
awak berdoa sebelum makan?
Shin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu
ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Shin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di
karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?
Shin Chan: Tidak Cikgu, iahanya lah anjing yang sama!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Shin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

Hidup Tak bererti??


TIBA-TIBA anda terasa tidak bermaya sekali. Hidup umpama tidak bererti. Nyata anda telah kehilangan motivasi diri. Apa yang harus anda lakukan?

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan sekaligus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, “Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh kesah”.

Berikut adalah langkah-langkah 10 cara membina motivasi diri yang disarankan oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, yang saya petik dari bukunya yang bertajuk “Membina Jati Diri Cemerlang”.

1 PERBAIKI IMEJ ANDA
Cuba lakukan sedikit perubahan. Kalau selama ini anda tidak kisah dengan baju atau seluar yang tidak bergosok, cuba kali ini gosoknya dengan licin dan pelbagaikan warnanya. Ubah gaya anda berjalan, sesuai dengan penampilan baru anda. Tapi, janganlah berjalan dengan penuh sombong di bumi Allah ini.

Jika anda wanita, cuba tukar imej kusam kepada kemas. Jangan terlalu pendiam tetapi jangan pula terlalu membuat bising. Jagalah batas anda sebagai seorang muslimah. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika ada orang meminta pandangan ataupun pendapat anda.


2 LAKUKAN SENAMAN RINGAN
Tubuh yang lemah, lembik dan lembam boleh dipulihkan dengan melakukan sedikit senaman ringan untuk menggerakkan tubuh. Tidak perlu melakukan senaman-senaman yang berat kerana ia hanya akan menyebabkan tubuh anda letih, dan menjejaskan tumpuan anda belajar. Keletihan hanya akan menyebabkan anda kembali tidak bermaya. Malah mengikut kajian, bukan semua orang sesuai melakukan senaman berat. Sesetengah orang, atas sebab-sebab kesihatan dan fizikal semulajadinya lebih digalakkan supaya tidak bersenam dengan berat.

Senamkan juga minda anda dengan membaca atau mencuba sesuatu yang berhalangan. Cara terbaik membuat senaman minda adalah dengan membaca, merenung, mempersepsi dan juga membuat ta’akulan.


3 SENYUM
Senyuman boleh mengubah segala-galanya. Dalam mood yang tidak baik, memang agak sukar hendak melakukan ini, tapi ingat jika anda senyum pulangannya serupa. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik. Jika anda memasamkan muka, orang lain juga akan memasamkan muka mereka terhadap anda.

Sifir kehidupan ini mudah, anda berbuat baik kepada orang lain anda akan dibalas dengan kebaikan yang sama atau mungkin dengan yang lebih baik. Jika anda berbuat jahat kepada orang lain anda akan mendapat balasan yang serupa atau yang lebih teruk. Dosa dibalas dengan neraka, kebaikan akan dibalas dengan Syurga. Bukankah itu suatu keadilan?


4 BERFIKIRAN POSITIF
Berfikiran positif akan membuatkan perkara yang sukar akan bertukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas.

Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah ia menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH. Fikiran postif yang diiring dengan tindakan yang positif selalunya akan membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.


5 DAPATKAN TIDUR YANG MENCUKUPI
Kita memang memerlukan tidur yang berkualiti untuk mendapatkan kesegaran tubuh yang betul. Kalau telur ayam pun boleh digredkan mengikut kualitinya, demikianlah pula dengan manusia. Tidur-tidur ayam adalah tidur yang tidak berkualiti dan menyebabkan minda terdera serta tidak mendapat kerehatan yang secukupnya.
Rasa runsing, marah-marah mahupun tidak semangat adalah antara natijah daripada keletihan akibat tidak cukup tidur ataupun tidur yang tidak berkualiti.


6 LUAHKAN PADA SESEORANG
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda tidak berasa stabil, bahkan dalam semua keadaan pun anda memerlukan seorang sahabat. Sahabat adalah seseorang yang amat memahami anda dan sedia menjadi sahabat biar dalam kesusahan apatah lagi dalam kesenangan.

Maka pilihlah sahabat yang baik, berbudi dan beriman kerana ciri-ciri yang ada pada dirinya itu adalah cermin keperibadian anda juga.


7 CURAHKAN DI ATAS KERTAS

Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar atau hanyutkan ke sungai. Macam mana? Terasa lega?

8 BERSEDIA UNTUK BERUBAH
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Bulatkan hati, kuatkan tekad dan oraklah langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Tanpa berkalau-kalau lagi. Lakukan dengan perubahan sepenuh hati dan lihatlah hasilnya nanti.


9 CARI KEGEMARAN BARU

Setiap kegemaran kita akan ada hayatnya. Umpamanya kita sebagai manusia, suatu hari nanti pasti kita akan mati. Begitu juga dengan kegemaran, sampai masanya pasti anda akan berasa jemu. Tidak salah untuk mencari kegemaran baru untuk mendapatkan lebih motivasi untuk mencorak kejayaan. Umpamanya jika dulu hobi anda adalah menulis, apa salahnya anda cuba meneroka suatu yang baru seperti melukis.

10 BERTEGASLAH
Bertegaslah dengan diri sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan, anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya. Apabila anda mengatakan pada diri sendiri untuk kembali ceria, bertegaslah untuk terus berkata begitu biarpun kadangkala kepahitan perkara lama masih terpahat di hati, walaupun perasaan anda dibuai-buai untuk mengatakan anda sedang bad mood sekarang.

Bertegas pada diri bukan ertinya anda tidak boleh memanjakan diri sendiri. Sekali-sekala layanlah diri anda sendiri sebagaimana anda melayan tetamu yang datang ke rumah. Juga anda boleh beri hadiah pada diri sendiri. Itu pun salah satu daripada cara menghargai diri.

Jika anda sendiri tidak selesa untuk menghormati diri anda, apakah wajar anda mengharap demikian daripada orang lain? Nah, sekarang bukankah masanya untuk bertiindak sesuatu.


Itulah antara saranan-saranan untuk memotivasikan diri. Jika anda bermasalah sekalipun cubalah untuk mengatasinya. Setiap penyakit ada ubatnya. Sama jugalah dengan masalah. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Tempat yang sebaik-baik untuk kita mengadu adalah kepada Allah SWT. Dialah yang mencipta kita. Dialah yang tahu segala kelebihan dan kekurangan pada kita. Dialah yang paling hampir dengan kita waktu susah dan senang. Mohonlah padaNya, mohonlah Taufik dan Hidayah dariNya, mohonlah kekuatan dariNya

Saturday, September 5, 2009

Luahan Perasaan pada bUlan September

Ari ni...tihah sangat sedih dengan perangai manusia berjenis2..
This is only from my heart..
tidak ada kaitan antara yang hidup mahupun mati

Mengapa manusia zaman sekarang perangai pelik-pelik
pAKU dULANG pAKU sERPIH, mENgATA oRANG DIA YANG lEBIH.
ADakah berjawatan tinggi membuatkan Anda Berasa Bangga?
Mestilah kan..usaha gigih..tapi..

adakah anda terdiri dari golongan yang riak?
Orang Riak Tidak AKAn mengaku dirinya riak,
Pernahkah anda Menghina orang Yang Berpangkat rendah dari anda?
Pernahkah ANda memikirkan perasaan mereka?
I'm very sad with this people attitude..
walaupun Orang yang KOrang Ejek 2 muda Dari korang,
Apakah salahku..huhu..

korang kenela jaga maruah orang tu..
Pernahkah korang memaki hamun oRang Yang Tue dari korang?
WalaupuN Korang Penat Keje cakaplah elok-elok dengan orang tua-tua
Yang tua Perlulah dihormati, yang muda dihormati...

Thursday, September 3, 2009

DAH LAMO DEN TAK NUleh.hehe

sejak terlalu sibuk ngan jalan2 ni.x sempat nak mencoretkan walau sepatah dua kata.apo boleh buek.udoh bz..hehe