Sunday, October 25, 2009


jika dinilai aib dgn kebenaran... manusia sekarang lebih suka dengar aib orang dari yang benar.. wlaupun dibuat cerita tentang sipulan nmun sifat yang dengki, ingin lebih bagus, ego yang tinggi.. mmbuatkan hati jadi riak dan sentiasa nk menang.. dan tiada siapa leh tandingi belau.. jika ada dia akan cube memburukkan sipulan tersebut dan ingin jadi yang dipandang tinggi..Sungguhpun jawatan beliau tinggi n tinggi plajarannye, tinggi ilmunye...bila berbicara gunakanlah bahasa org berpelajaran tinggi..tidak perlulah mengaibkan... atau @#$%*....

orang seperti ini adalah contoh orang yang menang didunia tapi kalah diakhirat.. banyangkan... sembahyang kerana menunjuk2 pada orang kampung yang die ni memang bagus leh jadi ustaz.. mmg bagus tapi datangnye sifat riak dan bangga sehingga xde orang leh lawan cakap dia.. dia la betul...kita la yang salah.. bile orang xsokong dia barulah...dia akan cube aibkan dan sehingga dia diyakini semula kebenarannya..

jadi hindari dari sikap ini karana sikap ini lah yang ada pada kita yang bley jatuhkan ummat sendiri dan leh diserang oleh kafir secara melenggang...so fikirkan...
Hanya Allah yang tahu betapa hibanya hati ini..Mudah-mudahan Allah membuka pintu hati beliau terhadap sikapnya...

Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya
Hadith :

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.

Riwayat Hadith al-Bukhari



Huraian
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

Dengki
Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"

Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi



Huraian
1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.
2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.
3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.
4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

No comments: